fbpx

Vape dijual depan sekolah macam promosi gula-gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Medical Mythbusters Malaysia menerusi hantaran di Facebooknya tadi menegur sikap segelintir pelajar yang masih di bawah umur kerana terlalu ‘megah’ menayangkan tindakan mereka menghisap dan menghembus asap vape di khalayak ramai.

Jelasnya, terdapat penjualan vape dilakukan secara terbuka termasuk di pekarangan sekolah serta menyasarkan golongan muda itu sebagai ‘penagih’ baru nikotin.

“Ia (vape) dijual secara terbuka, dijual di pekarangan sekolah, di pusat beli-belah.

“Para pelajar bawah umur pun bagai tiada malu menghembuskan asap vape di merata tempat,” katanya.

Tambah hantaran tersebut, penjualan vape dilakukan dalam pelbagai bentuk serta pilihan perasa menjadikan tarikan utama kepada golongan kanak-kanak dan remaja untuk mencuba.

“Pendedahan kepada nikotin mengganggu perkembangan otak dan ia juga adalah ‘gateway’ kepada ketagihan substan yang lain.

“Vape bukan seperti gula-gula, vape bukan untuk kanak-kanak, vape bukan untuk penagih baru.

“Lindungi generasi hadapan dari ketagihan nikotik,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI