fbpx

Tindakan tegas jika dalangi aktiviti haram, lindungi PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (depan, tengah) di Lawatan Kerja Ketua Polis Perak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di Kompleks Perumahan PDRM Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR – Semua pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak diingatkan agar tidak sesekali mendalangi aktiviti haram termasuk melindungi golongan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota sekiranya didapati menjadi tali barut kegiatan berkenaan.

Katanya, peringatan itu diberi ekoran isu keselamatan sempadan negara perlu menjadi fokus utama dalam memastikan kegiatan penyeludupan dadah, PATI dan penjenayah tidak mudah bolos ke negara ini.

“PDRM telah memberi amaran tegas berkaitan perkara itu terutama bagi negeri-negeri yang bersempadan (negara jiran) di mana amaran sama juga sudah disampaikan kepada polis di sini.

“Jika ada dalam kalangan warga polis terlibat melindungi atau menjadi tali barut kepada kumpulan menyeludup PATI, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya ketika ditemui selepas Lawatan Kerja Ketua Polis Perak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di Kompleks Perumahan PDRM Kuala Kangsar di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pencerobohan sempadan negara bukan sahaja akan meresahkan masyarakat malah menimbulkan suasana tidak aman.

“Ekoran pengumuman yang dibuat negara jiran untuk membenarkan penggunaan ganja, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada keselamatan di sempadan negara.

“Oleh itu, pasukan polis perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi ancaman terhadap aktiviti penyeludupan bahan terlarang ke negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI