fbpx

Tarik semula penggantungan lesen, kelab komedi dakwa disabotaj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirah ketika membuat persembahan komediri di Crack House Comedy Club.

PETALING JAYA – Kelab komedi, Crackhouse Comedy Club yang terpalit provokasi seorang wanita menghina kesucian agama Islam, menggesa pihak berkuasa menarik semula penggantungan lesen premis terbabit.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial, premis berkenaan turut menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu tindakan sabotaj.

“Kami menggesa pihak berkuasa agar menarik semula penggantungan lesen kerana tindakan ini bersifat berat sebelah dan tanpa pertimbangan yang wajar.

“Pada 11 Julai 2022, Crackhouse Comedy Club disita tanpa sebarang notis bertulis awal kepada pihak pengurusan.

“Kami akui bahawa pihak berkuasa perlu menyiasat tindakan individu yang hadir ke premis untuk melakukan satu persembahan.

“Namun, individu tersebut melakukan tindakan yang tidak boleh diterima sewaktu percubaannya melakukan persembahan. Ia telah dirakam dan disiarkan olehnya di akaun-akaun media sosialnya sendiri tanpa pengetahuan atau keizinan premis kami.

“Ini adalah satu tindakan sabotaj,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan sama, Crackhouse menegaskan, mana-mana pihak yang ingin melakukan persembahan komedi premis berkenaan dilarang sama sekali menyentuh dua perkara iaitu institusi diraja di Malaysia dan perihal yang menyinggung kepercayaan dan agama.

“Individu yang terkait dalam insiden berlaku dengan jelas sengaja mencabuli dua peraturan tersebut walaupun telah dimaklumkan mengenainya.

“Tindakan bukan sahaja mengejutkan premis kami tetapi seluruh penggiat seni persembahan komedi berdiri kerana ia merupakan tindakan yang dirancang dengan lebih awal untuk mensabotaj tempat persembahan serta keseluruhan cabang seni ini, kerana dia bertindak turun dari pentas sebaik sahaja selesai menanggalkan pakaiannya.

“Pihak kami bertindak tegas dengan memaklumkan bahawa tindakan tersebut mencabuli peraturan dan syarat-syarat kelab, dan serta-merta,” ujar kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, kelab komedi berkenaan memohon pihak berkuasa untuk menimbal balik keputusan menyita premis terbabit yang disifatkan sebagai berat sebelah dan bersedia memberi kerjasama terbaik bagi membantu siasatan provovasi yang berlaku.

“Walaupun individu berkenaan sedang disiasat oleh pihak berkuasa, kelab kami dan seluruh penggiat persembahan komedi berdiri tempatan kini turut tepalit dengan onar yang dilakukannya.

“Pengurusan kami tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi sebelum ini. Pelawak-pelawak berdiri yang pernah tampil di pentas kami diberikan ruang untuk menghibur seperti di kelab-kelab komedi lain. Dengan cara inilah pelawak-pelawak berdiri tersohor Malaysia dan antarabangsa berbesar hati tampil membuat persembahan di kelab komedi ini.

“Walaupun kami faham bahawa tindakan perlu diambil, langkah menyita dan menggantung lesen operasi, tanpa sebarang notis bertulis, adalah sangat prejudis dan tidak adil, memandangkan pengurusan premis kami sanggup dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang menyiasat tindakan individu berkenaan yang tidak boleh diterima.

“Tindakan sebelah pihak individu tersebut memburukkan nama baik cabang seni komedi berdiri yang mash baharu dan berkembang maju di Malaysia.

“Sepanjang lapan tahun operasi kami, insiden begini tidak pernah sama sekali berlaku di Crackhouse Comedy Club.

“Kami di sini menggesa pihak berkuasa agar bertindak terhadap individu tersebut jika dia melanggar sebarang peraturan, tanpa menghukum Crackhouse Comedy Club yang tidak terlibat dalam tindakan individu berkenaan, dan turut terkejut dengan tindakannya.

“Kami sentiasa mematuhi undang-undang pada sepanjang masa dan menjadi tuan rumah kepada pelawak-pelawak berdiri yang, baik, bekerja keras, dan mempunyai cita-cita untuk menyara hidup mereka secara jujur menerusi cabang seni ini.

“Pihak pengurusan akan terus berkerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya pihak DBKL untuk menangani segala urusan termasuk status perlesenan kelab Ini. Kami bersetia kawan bersama Crackhouse Comedy Club,” tulis kenyataan media itu lagi.

Antara penama yang tersenarai dalam kenyataan media berkenaan ialah pengasas bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel dan Shankar R. Santhiram serta beberapa pelawak tanah air iaitu Harith Iskander, Douglas Lim, Kavin Jayaram, Shamaine Othman, Andrew Netto, Papi Zak, Joanne Kam, Mad Sabah, Fakkah Fuzz dan Farid Azmeir.

Terdahulu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa lesen Crackhouse Comedy Club digantung pada 10 Julai, dan premisnya disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 11 Julai 2022.

Tindakan serta-merta tersebut dibuat susulan tular video seorang wanita membuka tudung dan menanggalkan pakaian namun mengakui Islam serta menghafal 15 juzuk surah al-Quran ketika membuat persembahan di premis komedi terbabit- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI