fbpx

Takiyuddin mengaku draf perjanjian TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (dua dari kanan) melapah daging lembu korban di Majlis Mesra Rakyat Keluarga Malaysia di Dewan Serbaguna Sungai Tinggi, Bukit Gantang hari ini. - FOTO: WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengakui terlibat dalam penghasilan draf memorandum perjanjian (MoA) bagi melantik seorang Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, penglibatannya dalam merangka MoA tersebut dibuat atas kapasitinya ketika itu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

“Jadi apabila dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meminta saya untuk melakukan apa-apa dokumen yang bersangkut dengan undang-undang, maka saya kena buatlah.

“Betullah apa yang dicakapkan itu dan perjanjian itu dipanggil MoA dan bukannya memorandum persefahaman (MoU),” katanya pada sidang akhbar di Dewan Serbaguna Sungai Tinggi di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, beliau hanya bertindak merangka draf perjanjian tersebut dan tidak menurunkan sebarang tandatangan.

Beliau menegaskan, setiap perjanjian yang hendak dibuat mestilah mengikut lunas undang-undang.

“Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak wujud dalam perlembagaan Malaysia. Wujudnya jawatan itu sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah mengikut undang-undang yang dipanggil konvensyen.

“Konvensyen itu merupakan satu amalan yang tidak ada dalam perlembagaan. Jadi apabila ia tidak ada dalam perlembagaan, maka terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong sama ada hendak melantik atau tidak. Ia tidak boleh dikatakan wajib lantik, itu tidak boleh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI