fbpx

Skuad wanita terus jadi ‘lauk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAWKESBY (kanan) berjaya melakukan percubaan melepasi penjaga gol negara, Azurin Mazlan pada aksi Kejuaraan Wanita AFF di Stadium City of Imus Grandstand sebentar tadi menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan Australia menang 6-0. - FB FAM

KUALA LUMPUR – Australia menghadiahkan mimpi ngeri buat Malaysia selepas membelasah skuad bola sepak negara 6-0 pada aksi terakhir Kumpulan A Kejuaraan Wanita Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Stadium City of Imus Grandstand di Manila, Filipina sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Jacob Joseph menamatkan saingan tanpa sebarang kemenangan dan terpaksa berpuas hati dengan dua keputusan seri ketika menentang Singapura dan Indonesia.

Pada perlawanan itu, Mackenzie Hawkesby muncul watak penting buat Australia apabila melengkapkan hatrik, manakala Chelsea Dawber menyumbangkan dua gol dan satu daripada Jamilla Rankin.

Terdahulu, Australia nyata berada di kelas berbeza apabila menamatkan babak pertama dengan kedudukan selesa 3-0 hasil jaringan Dawber pada minit ke-13 dan minit ke-23 serta satu gol daripada Hawkesby, minit ke-19.

Bersambung babak kedua, Hawkesby melengkapkan hatrik dalam tempoh dua minit pada minit ke-65 dan ke-67 sebelum Rankin melengkapkan jaringan keenam Australia pada minit ke-81.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara berada di tangga kelima Kumpulan A dengan dua mata, manakala Indonesia tercorot sekadar meraih satu mata.

Thailand dan tuan rumah, Filipina pula erjaya mengesahkan dua slot daripada Kumpulan A ke peringkat suku akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI