fbpx

Rahsia sembelih lembu pastikan daging jadi lembut, tidak berbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUZALI menunjukkan parang sembelihan berusia 38 tahun yang digunakan oleh Allahyarham bapanya di Pontian.

PONTIAN – Bagi memastikan daging tidak berbau dan lembut, teknik penyembelihan yang be­tul menjadi rahsia kepada Suzali Saien, yang mewarisi kebolehan dari bapanya, Allahyarham Saien Salikun.

Suzali Saien, 49, berkata, ketika sembelihan dilakukan, binatang tersebut tidak boleh dalam keadaan sedang menarik nafas, sebalik menunggu ketika dalam keadaan tenang baru sembelihan dijalankan.

Katanya, dalam erti kata lain, jika keadaan tersebut berlaku (sedang menarik nafas) akan menyebabkan binatang tersebut meronta-ronta dan sembelihan yang dilakukan tidak berjalan dengan lancar.

Menurut Suzali Saien, rahsia dan tips ini diberikan oleh arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2019 semasa berusia 78 tahun dan kini mengambil alih tugasan penyembelihan bagi ibadah korban.

“Ayah ada meninggalkan sebilah parang yang digunakan semenjak tahun 1984 lalu untuk saya dan gunakan bagi kerja-kerja penyembelihan lembu selepas ketiadaannya,” katanya ketika di­temui di Surau Parit Abd. Rahman Laut, Kayu Ara Pasong, di sini baru-baru ini.

Saien yang merupakan seorang peniaga kedai makan me­nambah, selain teknik penyembelihan yang betul, ada beberapa petua lain bermula dengan bacaan Bismillah serta beberapa doa.

“Semua binatang sama ada lembu, kambing, kerbau dan sebagainya merupakan makhluk Allah yang perlu dilayan dengan baik pada akhir hidupnya tanpa ada unsur-unsur menyakitkan.

“Jika tidak memahaminya, akan berlaku kes-kes lembu yang telah disembelih tetapi mampu untuk berlari, kematian yang ti­dak sempurna mahupun daging lembu yang masih ada ‘getarannya’,” ujarnya.

Katanya, dia pernah mengikuti kursus sembelihan di Institut Haiwan di Kluang pada 1990 yang turut memberi peluang kepada peserta mempelajari cara-cara penyembelihan binatang dan sebagainya.

Lantaran daripada kursus ter­sebut, dia selalu membantu Allahyarham bapanya melakukan kerja-kerja penyembelihan lembu di mana kali terakhir dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ditanya mengenai penjagaan parang sembelihan, biasanya sele­pas melakukan korban, ia akan disapu dengan minyak yang sesuai supaya parang tersebut tidak karat dan tahan lama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI