fbpx

Potong rambut pendek, ini alasan Song Ji-hyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG JI-HYO

KETIKA kali pertama Song Ji-hyo tampil dengan imej baharu berambut pendek seperti lelaki, tidak seperti kelazimannya yang sentiasa berambut panjang, ramai peminat tidak berpuas hati.

Penampilan tersebut meletuskan rasa kecewa peminat terhadap kumpulan pekerja yang menguruskan imej Ji-hyo terutamanya jurugaya pelakon itu kerana didakwa tidak menjaga kredibilitinya selaku selebriti popular.

Selepas beberapa bulan selesa dengan imej baharu tersebut, barulah Ji-hyo terbuka berbicara tentang keputusannya berambut pendek ketika muncul dalam rancangan YouTube, Turkiyes.

Jelas anggota Running Man itu, semuanya berlaku disebabkan suatu hari dia berada dalam keadaan mabuk sehingga hilang kewarasan dan bertindak memotong sendiri rambutnya menggunakan gunting.

“Saya potong sendiri rambut saya ketika mabuk teruk. Saya minum alkohol dan jadi marah ketika itu. Saya pun tak tahu kenapa saya buat begitu pada waktu itu.

“Saya potong rambut sendiri menggunakan gunting yang selalu digunakan untuk memotong bekas ubat gigi dan tiub alat solek. Maafkan saya. Tolong jangan marahkan pekerja saya,” katanya.

Ji-hyo mengejutkan peminat dengan tampil berambut pendek sekitar November tahun lalu menerusi perkongsian beberapa keping foto dalam Instagramnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI