fbpx

Pesawat lewat berlepas kerana biawak melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seekor biawak berjalan melintasi landasan sehingga penerbangan pesawat terpaksa dihentikan. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang juruterbang sebuah pesawat terpaksa menangguhkan penerbangan bagi memberi laluan kepada biawak melintas, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik oleh juruterbang berkenaan dalam akaun TikTok @sendy_adi. 

Dia merakam video tersebut dari dalam pesawat yang berada di landasan.

Menerusi rakaman itu, seekor biawak kelihatan merayap di landasan tersebut sehingga menghalang laluan pesawat.

Juruterbang itu berkata, dia terpaksa menangguhkan penerbangan kerana enjin pesawat itu cukup kuat untuk menyedut biawak tersebut masuk ke dalamnya.

Sekiranya perkara itu berlaku, ia berisiko membahayakan prosedur penerbangan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Biawak: Kapal terbang Komodo Air mana ya,” kata seorang netizen.

“Mungkin nak ikut naik pesawat sekali,” komen netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI