fbpx

PDRM berkolabrasi dengan MyFundAction korban 15 lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (kanan) dan Dr Mohd. Hizul (kiri) memotong daging sebagai simbolik menyempurnakan program tersebut di Masjid Bukit Aman, hari ini. - FOTO: AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Sejumlah 15 ekor lembu dikorbankan dalam Program Ibadah Korban Masjid Bukit Aman anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MyFundAction yang diadakan di Masjid Bukit Aman, dekat sini hari ini.

Menariknya, anak-anak muda sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi serta ahli gabungan NGO tersebut bertanggungjawab menyembelih dan melapah daging korban bersama warga PDRM kali ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya bangga dengan penglibatan anak muda termasuk mahasiswa dalam program korban yang diadakan dengan kolaborasi MyFundAction.

“Penglibatan golongan muda dalam program seumpama ini dapat memupuk sifat ringan tulang serta bersosial dalam konteks yang positif.

“Generasi muda bakal menjadi golongan pelapis yang akan menyambung legasi pentadbiran negara dan berperanan penting dalam memastikan nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini kekal terpelihara.

“Justeru, pembentukan generasi pelapis yang berkualiti, memerlukan acuan yang tepat serta seimbang bukan sahaja dari aspek kemampuan intelektual semata-mata, tetapi juga pemantapan akhlak, sahsiah dan rohani,” ujarnya ketika berucap menyempurnakan majlis itu. Turut hadir, Pengasas dan Penasihat Utama MyFundAction, Dr Mohd. Hizul Azri Md Noor.

Menurut Razarudin, sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan pada program kali ini yang mana daging akan diagihkan kepada rumah anak-anak yatim, para petugas program dan warga PDRM khususnya di Bukit Aman dan semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur.

Jelas beliau, PDRM sentiasa mengalu-alukan sebarang tawaran kolaborasi kreatif dan strategik daripada mana-mana NGO, sektor swasta dan badan korporat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI