fbpx

Paul Pogba sudah mula lupakan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA melambai-lambai ke arah peminat sebaik sahaja tiba di pusat pemeriksaan kesihatan untuk berhijrah ke Juventus pada saingan Serie A. – JUVENTUS

TURIN – Paul Pogba sudah mula melupakan episod kecewa bersama Manchester United dan kini memburu permulaan musim baharu bersama Juventus pada saingan Serie A di Itali.

Bintang antarabangsa Pe­rancis tersebut juga menyerlahkan rasa hormat kepada Juventus apabila dirakam menolak permintaan salah seorang penyokong untuk mendapatkan tanda tangannya pada jersi The Red Devils.

Menerusi rakaman itu, Pogba dilihat menunjukkan isyarat jari membawa maksud tidak kepada salah seorang peminat yang meng­hulurkan jersi United.

“Kedua-dua pihak menunjukkan rasa hormat,” menurut salah seorang penyokong yang me­ngulas mengenai tindakan Pogba berkenaan.

Menerusi dokumentari The Pogmentary, pemain itu me­ngundang kemarahan peminat Red Devils terutamanya selepas melihat caranya melayan tawaran kontrak lanjutan untuk kekal di Man. United.

Malah Pogba juga enggan menerima tawaran daripada Manchester City dan Paris Saint-Germain bagi membolehkannya kembali sertai Juventus, kelab yang pernah mengangkat nama­nya sebagai bintang dunia.

Bagaimanapun, kepulangan semula Pogba turut menyaksikannya menerima pemotongan gaji dan dilaporkan hanya menerima bayaran £160,000 (RM852,072) seminggu, kurang hampir separuh berban­ding tawaran yang dibuat oleh Man. United.

Ketika mewakili Juventus sebelum ini, Pogba melakukan 178 penampilan dan menjaringkan 34 gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI