fbpx

Noh tak faham – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ( empat kanan) selepas menanam pokok kacukan nangka cempedak pada program itu.

KUALA SELANGOR – Kerajaan negeri menafikan tidak membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan kerosakan Stadium Shah Alam secara berterusan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari  berkata, kerosakan dialami stadium itu memerlukan kos perbelanjaan tinggi dan ia bukannya perkara baharu.

“Ia sebaliknya perlu ditangani secara menyeluruh termasuk cadangan merobohkan stadium berkenaan.

“Beliau (Tan Sri Noh Omar) tidak faham apa-apa dan sebab itu beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu,” katanya selepas Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Korban Perdana di Selangor Fruit Valley (SFV), Bestari Jaya di sini, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedia membantu mewujudkan aktiviti perniagaan yang boleh menjana keuntungan di Stadium Shah Alam.

Jelas Amirudin, kerajaan negeri sudah melaksanakan kajian sejak awal mengenai status stadium itu sama ada perlu diselenggara atau dirobohkan bagi penjimatan kos.

“Kita memperuntukkan sejumlah RM5 juta setiap tahun bagi kos penyelenggaraan stadium tersebut.

“Malah, kerajaan negeri terpaksa membelanjakan lebih RM30 juta bagi kerja baik pulih sistem perpaipan yang mengalami kerosakan teruk,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya tidak pernah mengurangkan peruntukan bagi stadium itu sebelum ini.

“Namun, ada beberapa nilai atau bangunan berusia lebih 30 tahun yang perlu kita semak semula bagi mengetahui kedudukan dan masalah bangunan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI