fbpx

Nelayan Vietnam berenang, minta tolong di pelantar minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelayan Vietnam (tengah) dibawa menaiki kapal peronda APMM selepas diselamatkan di Pelantar Lawit A di perairan Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Petugas Pelantar Lawit A gempar dengan kehadiran seorang lelaki warga Vietnam yang berenang menghampiri pelantar minyak itu pada kelmarin.

Lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai nelayan itu bertindak berenang ke pelantar minyak terbabit terletak kira-kira 73 batu nautika dari perairan Terengganu tersebut bagi meminta pertolongan.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Saufi Mohd. Ramli berkata, nelayan Vietnam itu dipercayai telah nekad terjun dari botnya sebelum meminta pertolongan dengan petugas Pelantar Lawit A.

“Motif lelaki berkenaan melarikan diri dari bot masih belum diketahui. Dia telah segera diselamatkan oleh petugas pelantar minyak berkenaan.

“Mereka kemudiannya memberi rawatan awal dan makanan kepada nelayan Vietnam itu,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Saufi berkata, penemuan lelaki warga asing yang terjatuh di tengah laut tersebut telah dimaklumkan kepada Maritim Malaysia (APMM) tidak lama kemudian.

Tambah beliau, kapal peronda APMM telah mengambil nelayan Vietnam untuk dibawa ke Jeti Duyong Marina di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI