TEMERLOH – Mayat seorang wanita ditemukan tersangkut di sangkar ikan milik penduduk kampung di Sungai Semantan berhampiran Kampung Raja Songsang di sini malam semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 8.01 malam bergegas ke lokasi kejadian.
“Bomba yang dibantu pihak polis menarik mayat mangsa ke tebing sungai menggunakan tali seterusnya mengangkat mayat mangsa.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE