fbpx

Mayat nelayan ditemui dalam parit selepas dua minggu kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat Mohd. Azizul Hafiz yang dijumpai di dalam parit berhampiran Kampung Rajawali, Dungun hari ini.

DUNGUN – Kehilangan seorang nelayan hampir dua minggu lalu terjawab dengan penemuan mayat lelaki itu dalam sebuah parit di Kampung Rajawali di sini hari ini.

Mayat Mohd. Azizul Hafiz Abdullah, 42, yang kali terakhir dapat dihubungi ahli keluarganya pada 1 Julai lalu ditemui terbaring oleh penduduk di dalam parit tersebut pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian bersama motosikal Honda Dash miliknya.

“Kedudukan parit yang menjadi lokasi mayat lelaki itu dijumpai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

“Sebelum ini, polis telah menerima laporan berhubung kehilangan lelaki tersebut pada Selasa minggu lalu berikutan gagal dihubungi ahli keluarganya sejak awal bulan ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, siasatan awal percaya Mohd. Azizul Hafiz telah terlibat dalam kemalangan sebelum terhumban ke dalam parit berkenaan.

Tambah beliau, ia berdasarkan kesan calar pada brek calar dan kerosakan motosikal dinaiki mangsa.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI