fbpx

Liputan 5G Asia Pasifik dijangka meningkat 400 peratus dalam tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang menggunakan telefon pintar ketika menanti ketibaan tren di stesen kereta api bawah tanah di Seoul, Korea Selatan pada 16 September 2021. – AFP

LONDON – Satu laporan baharu menyatakan bahawa perluasan teknologi 5G di rantau Asia Pasifik dijangka meningkat 400 peratus dalam masa tiga tahun akan datang, lapor laman berita Thaiger semalam.

Laporan dikeluarkan oleh konglomerat terdiri daripada syarikat telekomunikasi seluruh dunia, GSM Association itu menyatakan, metaverse dan penggunaan telefon pintar generasi baharu mendorong pertumbuhan itu.

Menurutnya, 96 peratus populasi rantau Asia Pasifik diliputi oleh rangkaian jalur lebar mudah alih, namun hanya 44 peratus daripada mereka berada dalam jangkauan perkhidmatan 4G dan 5G.

Angka itu bagaimanapun dijangka meningkat kepada 52 peratus menjelang 2025.

Menurut laporan sama,  meskipun teknologi 5G sudah ada,  pembuat telefon pintar dan  syarikat telekomunikasi tempatan gagal memanfaatkan peluang yang diketengahkan oleh kelajuan 5G.

“Teknologi dan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih menjana lima peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) Asia Pasifik  pada 2021 atau bersamaan AS$770 bilion (RM3.4 trilion) bagi nilai ekonomi,” kata laporan tersebut.

Pada masa yang sama sektor telekomunikasi turut menyokong hampir sembilan juta pekerjaan di seluruh Asia Pasifik.

Tambah GSMA Association, perkhidmatan 5G adalah tersedia secara komersial di 14 pasaran dengan India dan Vietnam dijangka menyertainya dalam beberapa bulan lagi.

Selain itu, ia turut meramalkan bahawa keterhubungan 5G akan meningkat kepada 400 juta pelanggan dalam tiga tahun akan datang, sekitar 14 peratus daripada keterhubungan mudah alih wilayah itu.

“Pencapaian adalah lebih maju di negara-negara seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan,” kata laporan sama. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI