fbpx

Lelaki rosakkan kubur, surau di Kluang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara batu nisan yang berjaya dirampas hasil tangkapan ke atas seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat merosakkan 10 kubur dan surau di Kluang.

Oleh ADNAN IBRAHIM

KLUANG – Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan khianat dengan merosakkan 10 buah kubur di Tanah Perkuburan Kampung Melayu dan sebuah surau di Kampung Majid awal bulan ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintenden Polis Abdul Razak Abdullah Sani berkata, lelaki berkenaan ditahan di Taman Sri Impian kira-kira pukul 12.15 tengah malam 9 Julai baru-baru ini.

Katanya, hasil siasatan lelaki berkenaan mengaku melakukan khianat seperti dilaporkan kerana menerima bisikan (halusinasi) untuk membuat tindakan berkenaan.

“Hasil daripada tangkapan keatas lelaki berkenaan, pihak polis berjaya merampas satu bilah parang, empat naskah al-Quran, 10 naskah Surah Yassin, sebatang payung berwarna merah dan satu unit kepala penyedut sampah.

“Turut dirampas adalah lapan peket mi segera, biskut serta batu nisan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Razak, lelaki berkenaan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan Seksyen 297 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimun dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Syeksen 295 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Pada 5 Julai lalu, kami menerima laporan daripada kakitangan Pejabat Agama Daerah Kluang mengenai kejadian khianat ke atas 10 buah kubur di Tanah Perkuburan Kampung Melayu dekat sini.

“Manakala pada 6 Julai, pihak polis juga menerima laporan kejadian merosakkan sebuah surau dengan memecahkan pintu cermin surau di Kampung Majid selain menyelerakkan sejadah serta rehal,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI