fbpx

Kadar subsidi dipaparkan dalam akaun pengguna mulai Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (dua dari kiri) melawat tapak pameran yang terdapat di Padang Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Bukit Gantang hari ini.

BUKIT GANTANG – Bermula Ogos ini, kadar subsidi yang hendak dibayar kerajaan bagi tarif penggunaan elektrik akan dipaparkan dalam akaun bil pengguna.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu dilaksanakan sebagai penjelasan kepada rakyat yang selama ini tertanya-tanya mengenai pemberian subsidi tarif elektrik.

“Ramai yang bertanyakan mengenai subsidi tarif elektrik ini kerana sebelum ini mereka tak nampak.

“Sebab itu mulai Ogos ini, pengguna akan jelas melihat berapakah subsidi kerajaan yang diterimanya kerana ia akan tercatat pada bil tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di Padang Dewan Serbaguna Sungai Kerang dekat Trong di sini.

Menurutnya, walaupun kerajaan ketika ini terpaksa menanggung kos tambahan bagi penjanaan elektrik, namun masih mampu memberikan rebat bagi mengurangkan beban pengguna.

“Kos penjanaan elektrik bagi Januari hingga Jun tahun ini telah mencecah RM7 bilion dan daripada jumlah itu, kerajaan menanggung RM5.8 bilion, manakala RM1.2 bilion diagihkan kepada industri-industri besar.

“Jadi rakyat kena bersyukurlah, elektrik ini hanya dibayar ikut keperluan penggunaannya sahaja. Kos elektrik ini sudah pun disubsidi oleh kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI