fbpx

Jurgen Klopp dedahkan Liverpool akan lawan habis-habisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Liverpool menjalani latihan setelah tiba di Thailand sebagai persiapan menghadapi perlawanan pramusim menentang United di Stadium Rajamangala, Bangkok semalam. – LFC

BANGKOK – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak mahu menganggap aksi pramusim menentang Manchester United di Stadium Rajamangala malam ini sebagai perlawanan persahabatan seperti kebiasaan.

Sebaliknya, beliau menggesa pemain-pemain memberikan segala-galanya pada perlawanan itu kerana merasakan pertemuan menentang The Red De­vils sentiasa menjadi aksi penting buat The Reds.

Memandangkan United tiba lebih awal bagi menjalani latihan di Thailand, pengendali dari Jerman itu beranggapan skuad bimbingan Erik ten Hag berada dalam keadaan lebih bersedia.

“Perlawanan bola sepak sentiasa menjadi keutamaan kami, namun kali ini ia demi penyokong-penyokong di sini. Kami bawa 37 pemain merangkumi semua generasi dan semua akan mendapat peluang.

“Manchester United dengan pengurus baharu dan menjalani latihan lebih lama berbanding kami. Saya tidak pasti dengan keadaan mereka tetapi mungkin lebih baik. Apabila bertemu United, tidak ada lagi aksi persahabatan,” katanya.

Dalam pada itu, Klopp juga mengambil kesempatan untuk berseloroh apabila menganggap sambutan yang diterima Liverpool lebih meriah berbanding ketibaan United sebelum ini.

aaaaaaa“Saya ingin bertanya, adakah United mendapat sambutan se­perti ini semasa ketibaan mereka? Terima kasih atas sambutan yang menggalakkan kerana pemain-pemain Liverpool sudah tidak sabar untuk beraksi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI