fbpx

Ibu, bayi mati lemas kereta terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan yang meragut dua nyawa dalam kejadian di Kilometer 141.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Yong Peng, Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Seorang ibu dan bayi lelaki berusia setahun maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka bersama tiga ahli keluarga yang lain terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 141.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Yong Peng di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.19 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Dalila Ilyia Abu, 36, dan Khalis Mohd.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd. Yusoff, berkata kemalangan jam 6.19 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan sepasukan enam anggota bersama jentera LFRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Yong Peng dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik anggota bomba tiba tiga mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri daripada kenderaan itu, manakala dua lagi mangsa tidak sedarkan diri.

“Dua mangsa iaitu Nor Dalila Ilyia Abu, 36, dan bayi lelakinya, Khalis Mohd. Khusairi berusia setahun dipercayai lemas selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam parit yang dipenuhi air di tepi lebuh raya.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa dan kemudian memberikan bantuan pernafasan, namun tiada tindak balas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asyraf berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang terselamat adalah Mohd. Khusairi Mohd Khaida, 39, Nur Ulmiyah Nuha, 9, dan NurNadiah Husna, 6.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI