fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir sedang tertumpu di utara Semenanjung dan beberapa negeri lain.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, cuaca buruk itu lebih tertumpu sekitar negeri Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir berpotensi tinggi melanda keseluruhan negeri Pulau Pinang ketika ini.

“Di Perak, antara kawasan yang terlibat adalah Kerian, Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

“Bagi negeri Selangor pula, cuaca yang sama dilaporkan berlaku di Sabak Bernam dan Kuala Selangor,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa daerah di Johor turut mengalami hujan lebat pada pagi ini melibatkan Batu Pahat, Kluang dan Pontian.

Bagaimanapun, menurut MetMalaysia, keadaan tersebut akan kembali reda tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI