fbpx

Gadis reka gaun ‘cosplay’ guna bungkusan Indomie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kreativiti wanita ini dipuji ramai kerana mampu menghasilkan gaun menggunakan bungkusan Indomie. – TikTok @welcometomaiworld

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menerima pujian netizen kerana menghasilkan sehelai gaun kostum (cosplay) dengan  menggunakan beratus-ratus bungkusan plastik mi segera jenama Indomie, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan klip video yang tular di TikTok, pengguna akaun bernama @welcometomaiworld itu berkongsi proses menghasilkan gaun tersebut termasuk menggunting, melipat, membentuk reben dan bunga lantas menyusunnya.

Beratus-ratus bungkusan mi segera Indomie itu disusun di atas korset berwarna putih. Gadis berkenaan kemudian menggunakan renda berwarna putih-kelabu sebagai pelengkap dan bahan asas untuk melekatkan pelbagai hiasan yang diperbuat daripada plastik Indomie.

Selepas selesai, gadis tersebut memakai gaun itu dan melengkapkan penampilannya menggunakan rambut palsu berwarna merah jambu, tiara dan solekan wajah.

Berdasarkan keterangan pada video, gadis berkenaan cuba mempromosikan  umigomi, iaitu aktiviti peminat ‘cosplay’ untuk mengurangkan sampah-sarap di lautan serta memanfaatkan aktiviti kitar semula.

Video itu menjadi tular dengan netizen memuji wanita berkenaan atas kreativiti tersebut selain ada yang meminta syarikat Indomie untuk menjadikannya sebagai duta mi segera itu.

“@IndomieLovers, sila bayar upah kepadanya kerana dia amat kreatif,” kata seorang netizen.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI