fbpx

Buruh binaan balik dari kampung beraya maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut yang meragut nyawa Muhammad Amirul Firdaus di Kilometer 95, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Tebing Tembah, Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Perjalanan pulang seorang buruh binaan kembali bekerja setelah beraya di kampung berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 95, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Tebing Tembah, Paka di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, Muhammad Amirul Firdaus Abdullah, 28, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Beliau berkata, Muhammad Amirul Firdaus dikatanya dari kampungnya di Kampung Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu selepas merayakan Aidiladha bersama keluarga.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15ZR dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas merempuh pembahagi jalan di tengah jalan.

“Motosikal itu kemudiannya melanggar sebatang tiang elektrik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, mayat lelaki iru telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI