fbpx

Anak dipaksa buat pinjaman demi majlis mewah kehendak ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bagi setiap pasangan bakal berkahwin pasti memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi terutamanya apabila perlu dijalankan dalam suasana mewah, namun ada segelintir ibu bapa yang mempunyai kehendak melampau sehingga menyusahkan dan membebankan anak mereka.

Pengalaman ini menjadi satu ketakutan buat seorang bakal pengantin apabila dia memaklumkan ibu bapanya memaksa dirinya membuat pinjaman peribadi untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan yang dirancang.

Perkara itu dikongsikan menerusi portal Malay Wedding di Twitter dengan memuat naik hantaran yang dibuat oleh bakal pengantin tersebut.

Anak dipaksa buat pinjaman demi majlis mewah

“Saya bakal berkahwin hujung tahun ini, dari awal lagi saya dah cakap saya tak nak buat majlis sebab saya dan pasangan hanya kumpul duit buat nikah sahaja.

“Ibu bapa saya paksa nak buat majlis dan majlis pula kena ikut ‘tekak’ mereka yang menjadi masalah sekarang adalah duit,” katanya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila wang hantaran yang diterima pada awalnya ingin dijadikan simpanan bagi menampung perbelanjaan selepas berkahwin, namun dipaksa ibu bapanya untuk digunakan semata-mata demi menjayakan majlis perkahwinan idaman mereka.

“Ibu bapa selalu tekankan bahawa wang hantaran untuk kegunaan majlis, saya rasa marah sebab wang itu saya simpan untuk kegunaan kehidupan selepas berkahwin.

“Segala persiapan untuk majlis, ibu bapa saya urusakan tanpa maklumkan kepada saya, dan mereka hanya tahun minta duit sehingga paksa untuk buat pinjaman peribadi,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI