PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan enam negeri pada petang ini.
MetMalaysia menerusi laporannya di Facebook memaklumkan hujan lebat serta ribut petir sedang melanda keseluruhan negeri Perlis serta beberapa daerah di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.
Selain itu, cuaca tidak menentu tersebut turut dilaporkan berlaku di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Di Selangor, cuaca sama tertumpu sekitar Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta kesemua kawasan Kuala Lumpur.
“Bagi negeri Sarawak pula, hampir keseluruhan kawasan dilanda hujan lebat serta ribut petir ketika ini temasuklah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong) dan Sibu (Sibu),” katanya di sini hari ini.
Jelas MetMalaysia, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang nanti. – KOSMO! ONLINE