fbpx

Suami wajib sediakan isteri tempat tinggal selepas bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang suami wajib menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang dicerainya sepanjang dalam tempoh iddah.

Menurut peguam syarie, Nurul Atikah Abd Rashid menjelaskan bahawa para isteri yang terlibat dalam pencerian masih mempunyai hak-hak tertentu.

katanya, apabila berlaku penceraian, isteri tidak perlu keluar dari rumah di atas tuntutan nafkah iddah.

“Sekiranya suami masih bertindak sedemikian, isteri boleh membuat tuntutan nafkah tersebut di mahkamah syariah termasuk tempat tinggal.

“Kemudian, si isteri juga boleh tuntut hak dalam harta sepencarian. Walaupun rumah itu tiada nama isteri, isteri tidak sumbang apa-apa duit, isteri masih layak untuk mendapatkan hak harta sepencarian daripada sumbangan tak langsung,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook baru-baru ini.

Jelasnya, sumbangan tidak langsung itu adalah ketika isteri menjaga anak, makan minum suami, pakaian dan urusan rumahtangga sepanjang suami bekerja.

“Jadi, para suami jangan senang-senang halau isteri keluar dari rumah. Nafkah tempat tinggal anak juga masih dibawah tanggungan suami walaupun telah bercerai,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI