fbpx

Perantau dari Kelantan mula pulang ke ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik menuju ke Gua Musang perlahan ekoran pertambahan kenderaan bermula pagi tadi. /FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kenderaan perantau dilihat mula bergerak pulang ke ibu kota hari ini selepas menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Kosmo! di laluan pintu keluar negeri Kelantan melalui jalan Gua Musang mendapati beberapa jalan sesak dengan kenderaan sejak awal pagi tadi.

Keadaan itu menyebabkan aliran trafik perlahan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini.

Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Baihaki Mazlan, 24, berkata, trafik perlahan ketika melalui kawasan bandar Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Katanya, kebanyakan mereka mahu pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja selepas pulang beraya di kampung halaman.

“Saya bertolak dari Kota Bharu pada pukul 11 pagi tadi untuk pulang ke Bangi, Selangor. Jumlah kenderaan yang semakin bertambah dan saya tiba di bandar Gua Musang pada pukul 3.30 petang,” katanya.

Seorang lagi perantau, Rosmawati Abdullah, 43, berkata, dia sudah lali berdepan dengan kesesakan lalu lintas setiap kali selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Katanya, dia tidak kisah menempuh kesesakan lalu lintas asalkan dapat pulang ke kampung halaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI