fbpx

Penunggang maut, pembonceng parah motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal dinaiki bersama seorang individu dipercayai terbabas di Jalan Gasing, Petaling Jaya awal pagi tadi. /FOTO IHSAN PDRM

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggang bersama seorang lelaki terbabas lalu terlanggar batu penghadang di Jalan Gasing di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah telah menerima satu laporan kemalangan melibatkan dua individu yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR pada pukul 2.39 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika mangsa menunggang motosikal bersama seorang lelaki melalui selekoh dan secara tiba-tiba terbabas dan terlanggar batu penghadang di tepi jalan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng berusia 19 tahun pula cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan ditalian 014-2536820 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI