fbpx

Pelawak senior bantah penutupan operasi Kelab Komedi Crackhouse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFDLIN dan Douglas Lim tidak bersetuju dengan penutupan Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr. Ismail susulan insiden tular aksi tidak senonoh pelawak wanita di situ baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penutupan sementara Kelab Komedi Crackhouse (KKC) susulan provokasi seorang pelawak wanita, Amy yang menanggalkan baju dan hijab ketika membuat stand up comedy (komedi solo baru-baru ini mendapat bantahan ramai, khususnya dalam kalangan pelawak senior tanah air.

Penyampai radio Fly FM yang juga merupakan seorang pelawak, Douglas Lim menegaskan bahawa lokasi kejadian iaitu Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) tidak sepatutnya disalahkan.

“Crackhouse sudah beroperasi selama lapan tahun. Saya dah buat persembahan di sana banyak kali. Saya juga dah tonton banyak persembahan dan saya tak pernah lihat persembahan seperti apa yang dilakukan wanita itu sebelum ini.

“Jadi, kalau ada antara kalian merasakan tempat tersebut melahirkan persembahan-persembahan biadab, tempat itu sebenarnya bukan begitu.

“Crackhouse merupakan satu lokasi selamat para pelawak sama ada profesional mahupun amatur membuatkan orang ketawa sehabis baik dan memang itu dilakukan mereka sejak bermula,” katanya menerusi satu muat naik video dalam Instagram.

Douglas, 45, bagaimanapun mengakui bahawa tindakan pelawak juga YouTuber wankta sangat memalukan dan bukanlah satu persembahan komedi.

“Orang yang buat persembahan (kalau saya boleh sifatkannya itu) memang berniat untuk mengejutkan, menghina dan mencetuskan kemarahan. Apa yang dilakukannya bukanlah persembahan komedi.

“Saya sifatkan apa yang berlaku sebagai satu tindakan sabotaj daripada orang yang bertanggungjawab. Saya dapat tahu dia dah buat persembahan yang sama di tempat-tempat lain juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghentikan sementara operasi premis berkenaan tidak dipersetujui pelawak, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki.

“Saya membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara Crackhouse Comedy Club hanya disebabkan perbuatan seorang ‘open miker’ yg bersalin pakaian atas pentas tempoh hari.

“Crackhouse merupakan tempat di mana banyak stand up comedian (pelawak solo) baru mempelajari seni komedi solo ini. Pentas kitu dibuka kepada amatur yang ingin mencuba konten mereka di depan khalayak ramai.

“Takkan kita tutup swimming pool (kolam renang) pasal seorang peserta renang ambil steroid? Itu salah perenang, bukannya ‘swimming pool’.

“Untuk check content (semak konten) kita baik ke tak, bagi stand up comedian, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai supaya kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai. Sama macam atlet yang kena praktis sampai bagus,” katanya.

Terdahulu, Amy atau nama sebenarnya, Siti Amira Natasya Abdullah mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya di premis berkenaan.

Susulan tindakan mengejutkan ramai itu, dia ditahan sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman di Taman Jaya, Jalan Gasing, Petaling Jaya sekitar pukul 10 malam.

Wanita berusia 26 tahun itu direman selama tiga hari bermula semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI