fbpx

Malindo Air dijenamakan semula sebagai Batik Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malindo Air dijenamakan semula sebagai Batik Air yang memberi fokus untuk meningkatkan pasaran laluan penerbangan di Asia Pasifik.

SEPANG – Malindo Air mencipta sejarah tersendiri dalam industri penerbangan Malaysia apabila dijenamakan semula sebagai Batik Air yang menawarkan perkhidmatan penerbangan lebih kompetitif sekitar rantau Asia Pasifik.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong berkata, pelan strategik menerusi penjenamaan semula itu selari dengan syarikat Lion Group di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi pintu transit penumpang Indonesia ke Asia Pasifik.

“Batik Air akan mempromosikan pemindahan tanpa henti kepada penumpang melalui KLIA selain mengembangkan kekuatan rangkaiannya dengan Lion Group serta melalui perkongsian syarikat penerbangan lain.

“Keadaan itu sekali gus meningkatkan pertumbuhan masa depan yang akan menghubungkan KLIA dengan pasaran penerbangan lain seluruh Malaysia,” katanya pada Majlis Penjenamaan Semula Batik Air di sini tadi.

Jelas Ka Siong, Batik Air juga akan memperkenalkan semula 17 pesawat miliknya tahun ini dalam usaha merancakkan lagi industri penerbangan di rantau ini.

“Kita juga meraikan pelancaran baharu pesawat Boeing 737-8 ke dalam penerbangan Batik Air dimana ia mencipta sejarah sebagai syarikat penerbangan pertama negara yang memiliki pesawat itu.

“Keupayaan pesawat itu terbang sehingga lapan jam membolehkan Batik Air meningkatkan penawaran perkhidmatan termasuk membuka laluan baharu ke Karachi, Pakistan kelak,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, penawaran pesawat Boeing 737-8 berkenaan merupakan kunci utama dalam pertumbuhan kapasiti keseluruhan syarikat terbabit.

“Baru-baru ini, kita telah membuka semula laluan ke Melbourne, Brisbane selain memperkenalkan destinasi baharu seperti Phuket dan Surabaya menggunakan pesawat terbabit.

“Jadi, menjelang hujung tahun ini, kami merancang memperkenalkan sebanyak 17 pesawat Boeing 737-8 ke dalam laluan yang akan terbang ke destinasi domestik serta antarabangsa,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI