fbpx

Lebuh Raya Karak sesak lebih 17 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik di Plaza Tol Gombak setakat pukul 1 tengah hari tadi. /FOTO IHSAN UMMI MAT MIN

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan sesak dan perlahan berikutan pertambahan kenderaan pulang ke ibu negara susulan sambutan perayaan Aidiladha semalam.

Menerusi laporan di laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur, setakat pukul 1 tengah hari tadi, keadaan sesak sepanjang kira-kira 17.3 Kilometer (km) dilaporkan bermula dari Karak sehingga ke Lentang.

“Trafik sesak dan perlahan sepanjang 7.4km bermula di KM70.1 sehingga KM62.7 (Karak ke Lentang), 5.1km dari KM62.3 sehingga KM57.2 (Bentong-Lentang) dan 4.8km dari KM55.5 sehingga KM50.7 arah ke Lentang,” katanya.

Selain itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan juga perlahan iaitu sebelum masuk Plaza Tol Juru, Pulau Pinang arah selatan serta Simpang Pulai, Perak ke Gopeng.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama ke ibu negara dijangka meningkat mulai hari ini berikutan orang ramai pulang selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI