fbpx

KPDNHEP tumpaskan aktiviti seleweng diesel subsidi di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak diesel bersubsidi dirampas KPDNHEP dalam satu serbuan di Klang baru-baru ini.

PUTRAJAYA- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM170,346 menerusi serbuan di Taman Bayu Tinggi, Klang pada 6 Julai lalu.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, serbuan ke atas sebuah premis itu dijalankan sepasukan anggota penguatkuasa dari KPDNHEP Putrajaya berdasarkan hasil risikan yang dijalankan.

“Hasil pemeriksaan lanjut pasukan serbuan telah menemui sejumlah diesel, lori, beberapa tangki kosong dan berisi minyak diesel, mesin ‘compressor’ dan beberapa peralatan lain digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel namun tiada pekerja ditemui.

“Minyak diesel dan peralatan-peralatan yang ditemui telah disita bagi tujuan siasatan lanjut dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 170,346.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

“Ia bagi mengenalpasti individu atau syarikat yang terlibat serta mengenal pasti rantaian pengedaran minyak diesel termasuk sumber yang diperolehi dan diedarkan,” katanya.

“KPDNHEP turut memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI