SELEBRITI terkenal, Kim Kardashian menafikan sekeras-kerasnya perbuatan melakukan pembedahan plastik dan menyuntik botoks pada anggota tubuhnya termasuk wajah untuk kelihatan cantik.
Dalam satu temu bual bersama Allure, wanita berusia 41 tahun itu menegaskan tidak pernah melakukan sebarang bentuk pembedahan pada badan dan wajah untuk tujuan kecantikan.
Dia bahkan mengakui tidak melakukan proses menyambung rambut pada bulu mata.
“Tidak. Saya tidak pernah melakukan pembedahan yang aneh-aneh pada wajah dan badan. Bahkan bulu mata saya juga asli dan tidak disambung,” katanya.
Katanya lagi, dia hanya melakukan rawatan kecantikan menggunakan teknik laser di rumah setiap hari pada waktu lewat malam ketika orang lain sedang lena diulit mimpi.
“Saya hanya melakukan rawatan laser di rumah pada waktu tengah malam selepas segala pekerjaan saya selesai.
“Ketika semua orang sudah masuk tidur, waktu itulah saya lakukan rawatan kecantikan tanpa sebarang gangguan,” katanya.