fbpx

Jokowi sumbang seekor lembu untuk setiap wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu simmental milik peternak Mulyono, warga Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur yang dibeli Presiden Jokowi untuk dijadikan haiwan korban. - Tribun Jatim/Danendra Kusuma

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menyumbangkan seekor lembu bagi setiap 37 wilayah di negara itu sempena meraikan Hari Raya Aidiladha, lapor laman Tribunnews, semalam.

Perkara tersebut disampaikan oleh Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono.

“Bagi satu wilayah, kami menjangkakan beratnya sekitar 800 kilogram hingga satu tan. Ada beberapa kawasan Nusa Tenggara Barat mendapat lembut seberat 1.4 tan,” kata Heru.

Beliau turut memaklumkan bahawa ada antara lembu yang dibeli Jokowi adalah daripada baka simmental Switzerland yang diternak oleh penduduk tempatan.

Tambah Heru, lembu sumbangan Jokowi diserahkan melalui gabenor wilayah kepada masjid-masjid yang menjadi wakil kepada penerima.

“Hampir semua wilayah diserahkan secara langsung oleh gabenor dan sebahagian lagi oleh timbalan gabenor,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI