fbpx

Isu penipuan haji bukan di bawah MOTAC 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MTC berpendapat isu penipuan haji bukan di bawah bidang kuasa MOTAC.

PETALING JAYA – Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) berpendapat, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berhubung isu penipuan haji di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) adalah tidak betul sama sekali.

Presiden MTC, Uzaidi Udanis berkata, mengikut Akta Parlimen, semua urusan gaji adalah di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji (TH) dan ia bukannya di bawah MOTAC . 

“Oleh itu, kenyataan beliau yang mengatakan isu haji adalah di bawah MOTAC adalah tidak betul dan ia mengelirukan orang awam terutama jemaah haji yang terkandas baru-baru ini. 

“MTC berharap pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) perlu memperbetulkan kenyataan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Uzaidi berkata, Idris juga sepatutnya lebih proaktif dalam membantu menyelesaikan isu jemaah haji yang terkandas dan bukan hanya menolak isu ini kepada pihak lain seperti MOTAC. 

Katanya, MOTAC di bawah kepimpinan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mencuba sedaya upaya membantu memulihkan industri pelancongan terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, amat tidak adil seseorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak isu haji ini kepada pihak MOTAC. Ia akan menjejaskan nama baik MOTAC dalam kalangan orang awam,” katanya. 

Terdahulu, Idris memberi jaminan bahawa, isu bakal jemaah haji terkandas baru-baru ini akan diatasi sebaik mungkin membabitkan kerjasama pelbagai kementerian. 

Menerusi laporan media, beliau akui isu berkenaan di bawah bidang kuasa MOTAC, namun pihaknya akan turut bekerjasama atasi isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI