fbpx

Hujan lebat, ribut petir di tiga negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir dijangka melanda tiga negeri pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan, tiga negeri tersebut adalah Kedah, Selangor dan Putrajaya.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kota Setar, Yan dan Pendang manakala di Selangor pula membabitkan Kuala Selangor, Gombak dan Petaling.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi ini,” ujarnya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI