fbpx

Bot penyeludup gagal susup masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot penyeludup yang berjaya dikesan sebelum berpatah balik ke Indonesia.

KLANG – Tindakan pantas Maritim Malaysia (APMM) berjaya menghalang dan menggagalkan cubaan masuk dua bot disyaki penyeludup barangan terlarang dari Indonesia ketika perayaan Aidiladha semalam.

Kegiatan menyusup masuk itu dikesan bermula kira-kira pukul 2 petang dan 3.15 petang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten V. Siva Kumar berkata, maklumat pengesanan diterima daripada pesawat Bombardier CL415 MP Maritim Malaysia yang sedang melakukan penerbangan pengawasan di Selat Melaka sekitar perairan Tanjung Sepat.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, Radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) berpangkalan di Area Control Centre (ACC) Klang bertindak memantau pergerakan bot suspek.

“Bot ronda Maritim Selangor turut digerakan bagi memintas sasaran. Menyedari kehadiran pesawat Maritim Malaysia, bot pancung itu bertindak memecut dengan lebih laju kira-kira 35 hingga 45 knot sehingga hilang tujuan dan berpatah masuk perairan Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siva menambah, ACC Klang sekali lagi dimaklumkan lebih sejam kemudian mengenai terdapat sasaran curiga keluar semula dari tempat yang sama menuju sempadan perairan Indonesia-Malaysia.

“Sejurus itu, ACC Klang memaklumkan bahawa sasaran curiga itu hilang daripada cerapan radar dan disyaki telah mematikan niat untuk terus memasuki perairan negara ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya percaya penyeludup cuba mengambil kesempatan ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI