fbpx

Angel Di Maria bikin Juventus pencabar gelaran Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI MARIA dijangka meletakkan Juventus sebagai pencabar kejuaraan Serie A dan juga Liga Juara-Juara pada musim depan. – JUVENTUS

MILAN – Kejayaan Juventus mendapatkan khidmat Paul Pogba dan Angel Di Maria wajar meletakkan kelab itu sebagai pencabar kejuaraan Serie A dan
juga Liga Juara-Juara musim depan.

Ketika ini, legenda Juventus dan Itali, Gianluca Zambrotta merasakan Inter Milan bakal menjadi salah satu pasukan pencabar terkuat terutamanya selepas kepulangan semula Romelu Lukaku ke San Siro.

Pada masa sama, Zambrotta juga menegaskan, kedudukan keempat dua kali berturut-turut nyata belum cukup buat kelab besar seperti Juventus sebaliknya wajib mengharungi musim yang lebih baik pada kempen 2022/23.

“Juventus pasti akan mengharungi kejuaraan berbeza ke­rana mereka tidak boleh bersaing di Itali saja sebaliknya harus cemerlang di pentas Eropah.

“Mereka perlu lakukannya dengan kadar segera untuk kembali bersaing dan tidak boleh hanya terus menunggu,” katanya.

Pogba menyertai semula Juventus daripada Manchester United, manakala Di Maria bakal melakukan debut dalam saingan di Itali.

Dengan deretan pemain berkualiti dimiliki skuad The Old Lady, Zambrotta yang pernah menjulang Piala Dunia bersama Itali pada tahun 2006 merasakan jentera serangan Juventus akan jadi lebih dinamik terutamanya di posisi sayap.

“Di Inter Milan, Lukaku adalah seorang pemain yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Dia akan jadi pemain penting buat Inter dan juga jurulatihnya, Simone Inzaghi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI