fbpx

Wanita kencing dalam bas kerana pemandu enggan berhenti di tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV yang merakam wajah suspek yang terlibat dalam kejadian kencing dalam bas di England. - Metro UK

LONDON – Seorang wanita di England bertindak di luar jangkaan apabila membuang air kecil di dalam sebuah bas kerana pemandunya enggan berhenti di tandas awam, lapor akhbar Metro UK.

Wanita itu dan rakan-rakannya kini dikehendaki polis kerana menyebabkan kerosakan bernilai £700 (RM3,727) dan bertindak mencemuh penumpang lain.

Ketiga-tiga mereka pada ketika itu dalam perjalanan dari Bournemouth ke Ringwood di Hampshire dengan menaiki bas dua tingkat.

Apabila pemandu bas enggan memberhentikan bas untuk wanita berkenaan pergi ke tandas, suspek memutuskan untuk membuang air kecil di tempat duduknya.

Semasa dia membuang air kecil, rakan lelakinya didakwa menjerit ke arah penumpang lain dan menendang pintu serta cermin hadapan bas.

Disebabkan gangguan itu, semua penumpang terpaksa meninggalkan bas di bandar Verwood di pinggir New Forest.

Suspek kemudian didakwa menyerang dua wanita muda lain.

Penyiasat sokongan komuniti di Polis Dorset, Kate Hann berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

“Sesiapa yang mengenali suspek dan rakan-rakannya dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diedarkan polis, sila hubungi kami.

“Saya juga memohon mangsa serangan suspek untuk tampil ke hadapan supaya kami boleh menyiasat apa sebenarnya yang berlaku,” Kata Hann. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI