fbpx

Wanita hina Islam ketika persembahan komedi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang wanita secara tiba-tiba menanggalkan tudung dan pakaiannya di hadapan orang ramai di sebuah kelab komedi di ibu kota.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur sudah ditahan polis malam tadi.

Menurut sumber, wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 10.45 malam di Taman Jaya, Jalan Gasing, di sini.

“Suspek yang mendakwa berasal dari Kuala Kangsar, Perak ditangkap oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Polis turut merampas beberapa barangan antaranya baju kurung, tudung, skirt pendek yang dipercayai dipakainya semasa membuat persembahan komedi serta telefon bimbit,” ujarnya hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin mengesahkan penahanan wanita tersebut dan suspek direman selama tiga hari bermula semalam hingga 12 Julai ini.

Katanya, suspek ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields buat masa sekarang dan siasatan masih diteruskan.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di sebuah kelab di TTDI.

Berita berkaitan: DBKL gantung operasi kelab komedi 

Berita berkaitan: Dia bukan hina Islam, tapi hina dirinya sendiri – Budak Ijat

Menerusi video tersebut, wanita sama mendakwa dia beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, USJT Bukit Aman telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat penularan video tersebut.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI