fbpx

Terlepas hukuman gantung, Yasin Sulaiman ada perjuangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YASSIN SULAIMAN kini menunggu perbicaraan seterusnya.

“JANGAN percayakan dakyah lama yang menyatakan bahawa kanabis tak bagus untuk kesihatan, merosakkan sel otak dan sebagainya.”

Itu antara butiran yang diungkapkan penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman usai terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran seberat 214 gram, Mac lalu.

Sebenarnya, masih terlalu awal untuk mengangkat Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman sebagai hero ataupun melabel semberono dirinya sebagai penjenayah. Kesahihan berhubung perkara tersebut sebenarnya masih jauh.

Cuma, saat lelaki yang didakwa memiliki masalah bipolar itu terlepas hukuman gantung sampai mati, ada sebahagian khalayak yang bersorak dan tidak kurang juga, ada bahagian manusia yang memberontak menentang keputusan tersebut.

Kebanyakan mereka bersembunyi di sebalik kelajuan bunyi papan kekunci. Energi yang dicernakan serupa peribahasa berbunyi, lempar batu sembunyi tangan.

Menerusi Instagramnya, penyanyi yang terkenal dengan karya Mimpi Laila itu menegaskan, kanabis bagus untuk rawatan dan kesihatan manusia.

YASIN mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan artis yang tidak henti memberikan sokongan kepadanya.

Kajian saintifik

“Kajian saintifik terkini telah membuktikan bahawa kanabis bagus untuk rawatan dan kesihatan terutamanya otak manusia. Itu tertulis dalam buku sains,” ujarnya.

Yasin mengakui lega apabila terbaca satu artikel yang mengatakan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi menyokong kanabis untuk perubatan.

“Saya lega dan sebenarnya, hari ini saya baca satu artikel yang mengatakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki menyokong kanabis perubatan.

“Bagi saya, itu satu berita yang cukup menggembirakan untuk saya. Bagi saya, perjuangan saya sekarang ini untuk adalah untuk legalize (membenarkan) kanabis perubatan,” coretnya dalam hantaran terbaharu dalam Instagram.

Berdasarkan pemahaman konteks ayat tersebut, Yasin bersungguh-sungguh dalam perjuangan membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perubatan bukannya bertujuan rekreasi.

YASIN anggap dirinya sebagai pejuang penggunaan kanabis dalam perubatan.

Dihukum, bebas bukan persoalan

“Saya mengharapkan agar kanabis tidak dijenayahkan selepas ini. Sebab kanabis adalah satu tumbuhan yang baik, Tuhan turunkan ke muka bumi ini dan nabi pun kata, tidak ada satu penyakit diturunkan ke bumi melainkan datang bersama ubatnya.

“Bagi saya, seorang yang menghidap bipolar dan orang seperti saya, memang kita punya rawatan terletak dalam tumbuhan kanabis ini.

“Harapnya, Malaysia akan terbuka hati dan membenarkan kanabis perubatan serta maju bersama negara-negara lain. Kes saya kalau kena hukum atau tidak, tak apa, tiada masalah,” ujarnya kepada pemberita.

Riang dan pada masa sama, tenang berdepan hari mendatang biarpun belum tahu kesudahannya, Yasin, 47, bagaimanapun turut merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadapnya sejak mula ditahan di sebalik tirai besi.

“Terima kasih kepada Amy Search. Dia memberikan kata-kata semangat yang memberi kekuatan dalaman untuk saya.

“Terima kasih kepada Greg Henderson. Saya dah baca dia punya komen dan juga Damian Mikhail dan terima kasih kepada Faizal Tahir. I love you bro, you are my BFF forever,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI