fbpx

Ramai maut banjir kilat di Gua Amarnath

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Letupan awam yang menyebabkan banjir kilat berlaku berhampiran kuil gua Amarnath, kelmarin. - India Today

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh  dan ramai lagi dikhuatiri cedera dalam kejadian hujan ribut di kawasan tanah tinggi berhampiran Gua Amarnath di Kashmir, India, lapor sebuah akhbar semalam.

Fenomena hujan ribut itu berlaku sekitar  pukul 5.30 petang (waktu tempatan) dan mencetuskan banjir kilat yang melanda tapak perkhemahan berhampiran gua tersebut.

Kuil yang terletak di Gua Amarnath sering dipenuhi oleh penganut agama Hindu bagi aktiviti keagamaan.

Sekitar 25 khemah dan dua tapak dapur awam komuniti Sikh dihanyutkan oleh banjir kilat. Pasukan Tindak Balas Bencana Negara (NDRF) mengesahkan menemui sebanyak 10 mayat dari tapak tersebut.

Bagaimanapun, Polis Jammu dan Kashmir berkata, 16 mangsa terbunuh dan sebilangan yang lain  dilaporkan hilang.

“Orang awam yang cedera dihantar untuk menerima rawatan, manakala  operasi menyelamat masih diteruskan,” kata Polis Jammu dan Kashmir.

Leftenan Gabenor Jammu dan Kashmir, Manoj Sinha menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang berduka. Operasi menyelamat oleh NDRF, Tabung Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF), Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF), Tentera sedang berjalan,” kata  Manoj di laman Twitter. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI