fbpx

Polis saran guna Lekas, elak kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN- Polis Negeri Sembilan menyaran pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan yang akan pulang ke ibu negara supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ruslan Khalid berkata, pemandu dari arah Selatan dinasihatkan keluar melalui Plaza Tol Pedas-Linggi dan menggunakan jalan dalam menuju ke Seremban seterusnya ke Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas).

“Polis sedia maklum mengenai peningkatan kenderaan yang masuk dan melalui negeri ini dengan anggaran 790,000 buah.  Jumlah yang sama dijangka akan kembali ke ibu negara dan sekali lagi kesesakan akan berlaku menuju ke Kuala Lumpur.

“Kesesakan atau pergerakan perlahan dijangka bermula dari Pedas Linggi hingga ke Senawang serta berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban ke Nilai.

“Sehubungan itu, dalam tempoh Op Lancar, pengguna dinasihatkan masuk ke Plaza Tol Pedas Linggi dan menggunakan jalan dalam ke Seremban dan seterusnya ke Lekas untuk ke destinasi masing-masing sama ada di Negeri Sembilan, Selangor atau Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslan berkata, pihaknya akan mengawal lebih kurang 10 persimpangan lampu isyarat dari Plaza Tol Pedas-Linggi ke Lekas atau jalan alternatif lain bagi melancarkan pergerakan orang ramai bermula pukul 4 petang, 4 petang hingga 10 malam, 4 Julai dan 10 pagi hingga 10 malam, 11 Julai.

“Pengguna jalan raya yang melalui laluan alternatif di jalan dalam ini dijangka akan bergerak lebih santai dengan anggaran kelajuan 50 ke 70 kilometer sejam dan disarankan supaya tidak memandu dengan laju dan melulu dan tidak memotong di kawasan garisan berkembar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI