fbpx

Polis buru individu buat khianat di CIQ Linkedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam insiden pertengkaran di CIQ Linkedua.

ISKANDAR PUTERI – Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Linkedua, di Gelang Patah, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya mengesan mereka yang terlibat ekoran tular satu rakaman video berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, insiden itu melibatkan dua buah kenderaan masing-masing jenis Toyota Alphard dan KIA.

“Semasa kejadian, mangsa yang menaiki Toyota Alphard baru pulang dari Forest City mengubah laluan ke kanan dan bergesel dengan kenderaan jenis KIA.

“Suspek berhentikan kenderaan, turun seorang lelaki dan seorang wanita. Suspek lelaki menjerit dan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa manakala suspek wanita menanggalkan plat kenderaan mangsa dan mencampakkannya ke arah cermin hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan hanya terdapat sedikit kerosakan pada kenderaannya.

Kes disiasat di bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihati agar memandu secara berhemah dan tidak terburu-buru terutama di laluan CIQ Linkedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI