fbpx

Pengorbanan Aidiladha Fajar-Rian bawa tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAJAR (kanan) dan Rian menjuarai beregu lelaki Malaysia Masters selepas menewaskan Ahsan-Setiawan pada final di Axiata Arena sebentar tadi. - OFFICIAL MALAYSIA MASTERS

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki meningkat naik dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menebus kekecewaan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia minggu lalu selepas muncul juara Malaysia Masters.

Gandingan yang menghuni ranking kelima dunia itu menewaskan rakan senegara, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-12, 21-19 pada perlawanan akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini sekali gus mengulangi pencapaian 2018.

Pengorbanan yang dilakukan tidak menyambut Hari Raya Aildiladha bersama keluarga nyata berbaloi selepas mereka berjaya membawa pulang kalungan pingat emas ke Indonesia.

“Syukur Alhamdulillah kami dapat memenangi Malaysia Masters tidak kira siapa pun lawan kami. Sudah tentu kami mengharapkan pencapaian lebih baik di masa hadapan.

“Melihat keluarga menyambut Aidiladha di rumah memang sedih tetapi inilah tanggungjawab kami sebagai pemain profesional. Pengorbanan kami ini demi mengharumkan nama Indonesia,” kata Fajar sejurus tamat perlawanan.

Sementara itu, dalam saingan beregu wanita, gandingan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan membuktikan mereka sukar digugat apabila menewaskan wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-11, 21-12.

Kemenangan tersebut sekali gus mengubat kekecewaan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu yang tersingkir di pusingan suku akhir pada saingan Terbuka Malaysia minggu lalu.

China meneruskan penguasaan dalam acara beregu campuran apabila juara dunia dua kali, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong memastikan gelaran kedua buat negara tembok besar itu pada Malaysia Masters.

Mereka memastikan gelaran keenam berturut-turut sejak Kejohanan Badminton Asia pada Mei lalu dengan menewaskan beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dengan keputusan straight-set 21-17, 21-12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI