fbpx

Panda tertua Mexico mati pada usia 35 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuan Shuan dirakam memakan buluh di zoo Chapultepec di Bandar Raya Mexico pada 12 Februari 2020. – AFP

BANDAR RAYA MEXICO – Seekor panda gergasi betina, Shuan Shuan yang merupakan panda tertua di Mexico dilaporkan mati pada usia 35 tahun, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Jabatan Alam Sekitar Bandar Raya Mexico memaklumkan bahawa panda itu mati di Zoo Chapultepec.

Jabatan berkenaan tidak mendedahkan punca kematian panda tersebut.

Bagaimanapun, pengurusan jabatan sama memberitahu bahawa Shuan Shuan telah hidup melebihi jangka hayat spesies­nya di habitat liar.

Panda biasanya mencapai usia 15 tahun di habitat semula jadi.

Pada Rabu lalu, jabatan itu memaklumkan bahawa Shuan Shuan mati pada hari lahirnya yang ke-35. Haiwan itu sempat menikmati kek kurma dan epal yang menjadi makanan ke­gemarannya.

Shuan Shuan dilahirkan pada 1987 dan jabatan itu berkata, ia adalah antara panda yang hidup paling lama di luar habitat asalnya di China. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI