fbpx

Misi Novak Djokovic buru Wimbledon ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC memerlukan tempoh lebih dua jam sebelum berjaya menjinakkan Norrie untuk mara ke pentas final buat kali kelapan di Wimbledon. – AFP

LONDON – Pemain No.3 dunia, Novak Djokovic menempah final kelapan pada Kejuaraan Wimbledon selepas menyingkirkan wakil tuan rumah, Cameron Norrie di separuh akhir malam kelmarin.

Bagaimanapun, Djokovic tidak berdepan laluan mudah apabila memerlukan masa lebih dua jam untuk menewaskan Norrie menerusi keputusan 2-6, 6-3, 6-2, 6-4 pada perlawanan yang berlangsung di Centre Court.

Justeru, bekas pemain No.1 dunia itu bakal berdepan pemain kontroversi dari Australia, Nick Kyrgios yang melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menerima kemenangan percuma ke atas Rafael Nadal di separuh akhir.

“Dia (Kyrgios) merupakan pemain yang mampu beraksi di perlawanan besar. Jika anda lihat kariernya, dia sentiasa bermain menentang pemain-pemain terbaik dunia dan mampu melakar kejutan.

“Oleh sebab itu, kami semua sa­ngat menghormati Kyrgios kerana tahu kemampuan yang dia miliki. Saya yakin perlawanan akhir nanti akan menyajikan satu aksi yang cukup menarik,” kata Djokovic.

Mengulas kemenangan ke atas Norrie, pemain Serbia itu meng­akui gagal memulakan aksi dengan baik apabila melakukan banyak kesilapan mudah sehingga membolehkan lawannya menang set pertama.

“Norrie bermain lebih baik pada set pertama, manakala saya pula berdepan tekanan cukup tinggi menentang pemain tuan rumah. Pada masa sama, dia juga mendapat suntikan motivasi kerana ini adalah pencapaian terbaik dalam kariernya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI