fbpx

Mira Filzah keluar tengok wayang pun teringat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH bersama suami dan anaknya.

BENARLAH orang cakap, bila sudah bergelar ibu, anak akan menjadi keutamaan nombor satu dalam kehidupan seharian.

Situasi begitulah dialami Mira Filzah ketika ini apabila keluar tengok wayang cerita Mat Kilau pun asyik teringatkan anak sulungnya Wan Khair Amir.

Dia berkongsi perkara tersebut ketika ditanya bila akan kembali berlakon selepas melahirkan anak.

“Sebenarnya kalau ada naskhah yang bagus, saya tidak kisah untuk mula penggambaran awal.

“Semalam (Isnin lalu) keluar menonton Mat Kilau pun mata asyik lihat jam dan gambar Amir di skrin telefon. Rasa sedih tinggalkan dia padahal tengok wayang saja.

“Nak tinggalkan Amir untuk kerja dua hingga tiga bulan bukan senang. Baru faham perasaan seorang yang bergelar ibu,” kongsinya.

Jika bukan drama berepisod panjang, mungkin Mira boleh kembali sebagai pengacara atau telefilem. Rasa-rasanya ramai juga yang rindu lakonan Mira.

DIVA: Teringin juga nak makan stik di restoran Slat Bae. Mungkin perlu keluarkan duit KWSP sekali lagi, barulah mampu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI