fbpx

Lima individu tipu pakej haji direman 3 hari bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar bakal jemaah yang terkandas di KLIA selepas dipercayai ditipu agensi pelancongan swasta.

PETALING JAYA – Lima individu termasuk pemilik agensi pelancongan swasta direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pakej ibadah haji.

Suspek yang berumur lingkungan 30 hingga 60 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara sekitar pukul 9 malam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua suspek diberkas Polis Kuala Lumpur dan diserahkan kepada Polis Selangor hari ini ekoran kejadian dilaporkan berlaku di Selangor

“Kesemua suspek yang ditahan termasuk pemilik agensi pelancongan tersebut dan isterinya.

“Kesemua suspek direman bermula hari ini sehingga 12 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Pada Khamis lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan pakej ibadah haji oleh agensi pelancongan swasta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah memberitahu, seramai lima individu ditahan berhubung kes penipuan tersebut membabitkan dua agensi pelancongan swasta dengan kerugian lebih RM2.37 juta.

Jelas beliau, mereka yang ditahan merupakan pasangan suami isteri yang dipercayai pemilik syarikat, pekerja dan ejen syarikat pelancongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI