fbpx

[KEMASKINI] Polis tahan pemandu Mitsubishi Triton lawan larus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Volkswagen selepas bertembung dengan Mitsubishi Triton yang dipercayai dipandu secara melawan arus tengah malam semalam.

SEBERANG PERAI – Polis akan menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipercayai memandu secara melawan arus di Kilometer 4.5, Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam, Butterworth di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, pemandu lelaki terbabit sudah membuat laporan berhubung kemalangan itu hari ini.

“Untuk makluman, pemandu kenderaan pacuan empat roda sudah datang membuat laporan polis dan akan ditangkap selepas itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan sepasang kekasih cedera pada perut selepas kereta Volkswagen yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda pada pukul 12 tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI