fbpx

Indonesia gesa campur tangan G20 selesai perang Russia-Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembukaan Mesyuarat Menteri Luar G20 di Bali. - Antara

BALI – Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menyeru rakan sejawatan di negara-negara  Kumpulan 20 (G20) untuk sama-sama memikul tanggungjawab menamatkan perang Ukraine, lapor akhbar Saudi Gazette.

Langkah tersebut perlu dilakukan pada  kadar segera termasuk memanggil kedua-dua pihak yang berperang untuk menyelesaikan perselisihan mereka  di meja rundingan.

Beliau membuat seruan itu pada mesyuarat rasmi menteri-menteri  luar G20  di pulau peranginan Bali.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita (G20) untuk membina jambatan bagi menggalakkan kepentingan bersama dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian perang Ukraine.

“Semua negara anggota perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan krisis global,” kata Retno.

Beliau menambah,  negara-negara  membangun dan berpendapatan rendah adalah yang paling terjejas akibat perang Russia-Ukraine.

Retno turut meluahkan kebimbangan mengenai pandangan bahawa dunia telah menjadi sukar untuk didiami secara bersama kerana orang ramai telah hilang keyakinan terhadap multilateralisme dan keupayaan pemimpin-pemimpin untuk bertindak balas secara berkesan kepada cabaran global.

Ia adalah kali pertama bagi menteri luar G20 dan beberapa pegawai ekonomi tertinggi dunia bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov sejak permulaan operasi ketenteraan Russia  di Ukraine pada Februari lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI